Sunday 2 June 2013

2826 Pelajar Baru? Oh Rektor, tak boleh ramai lagi ke?

Seramai 2826 pelajar baru bakal meneruskan pengajian mereka di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Melaka di peringkat Diploma pada sesi kemasukan Jun/Oktober 2013.
Seramai 2583 pelajar akan mula mendaftar pada 2 Jun dan bakinya yang terpilih daripada penerapan akan mendaftar pada 8 Jun ini. Daripada jumlah tersebut, 1910 pelajar terdiri daripada  perempuan dan 916 adalah pelajar lelaki.
UiTM Melaka menawarkan lapan fakulti kepada para pelajar untuk menyambung pengajian mereka. Antara fakulti tersebut adalah Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Fakulti Pendidikan, Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan, Fakulti Pengurusan Perniagaan, Fakulti Perakaunan, Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka dan Fakulti Komputer Sains dan Matematik.
Fakulti Perakaunan mendahului dalam pengambilan pelajar baru dengan  jumlah 663 pelajar bakal mendaftar kursus berkenaan diikuti Pra-Diploma dengan jumlah 410 pelajar, Fakulti Pengurusan Perniagaan pula seramai 379 pelajar, Fakulti Komunikasi Pengajian Media 324 pelajar dan Fakulti Komputer Sains dan Matematik seramai 322 pelajar.
Empat fakulti lain iaitu Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi jumlah pengambilan seramai 217 pelajar, Asasi pendidikan (TESL) 213 pelajar, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka 200 pelajar dan Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan seramai 98 pelajar.
Para pelajar perlu menghadiri Minggu Destini Siwa (MDS) yang berlangsung pada 2 hingga 7 Jun 2013 bagi tujuan mengenali kampus dengan lebih dekat sebelum memulakan sesi pembelajaran pada 10 Jun nanti.
Kumpulan pelajar berkenaan terdiri daripada bekas pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Pra-Diploma. (2013, Portal Rasmi UiTM Melaka)

p/s:  okay junior, janganlah menyalak. LOL

Saturday 13 April 2013

Sejarah Ringkas UiTM Melaka Kampus Alor Gajah


UiTM Melaka bermula pada Ogos 1984 di bangunan sementara di Institut Kemahiran MARA (IKM) di Jalan Hang Tuah. Pada permulaan jumlah hanya 32 orang kakitangan sokongan dan 5 orang Pensyarah. Jumlah pelajar pertama ketika itu seramai 158 orang sahaja dan kursus yang ditawarkan adalah Diploma Pentadbiran Awam (DPA), Diploma Pengajian Perniagaan (DBS), Diploma Perakaunan (DIA) dan Diploma Sains Kesetiausahaan (DSS).
Januari 1994 mula berpindah ke Kampus tetap di Lendu, Alor Gajah. Keluasan Kampus 358.2 ekar dan 26 Km dari Bandar Melaka. Pada 2 Mei 1996 Kampus UiTM Melaka (ITM Melaka ketika itu) telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato’ Seri Mahathir Mohamad. Tanggal 26 Ogos 1999, Perdana Menteri Malaysia telah mengistiharkan ITM dinaikan taraf kepada Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Dari 1984 sehingga kini UiTM Melaka telah diterajui oleh 7 orang Pengarah. UiTM Melaka berkembang pesat dengan pertambahan pelajar melepasi 6,500 orang. Dibantu dengan 283 kakitangan sokongan dan 460 orang pensyarah. Sebahagian daripada pensyarah-pensyarah ini mengajar di kedua-dua kampus.